Saturday, 28 February 2015

Rumusan bagi bahagian Operasi

Apa yang kami dapat rumuskan bagi bahagian operasi ini adalah:

- Perancangan sebelum memulakan sesebuah perniagaan amatlah penting bagi menghasilkan sebuah perjalanan yang sempurna dan lebih teratur.

- Jika kita ingin membuka syarikat baru, kita perlu mendaftarkan nama syarikat di Pejabat Daerah untuk mendapatkan sijil pendaftaran syarikat. Itu adalah penting untuk memastikan syarikat kita adalah syarikat yang berdaftar seterusnya memudahkan urusan syarikat.

- BDA hanya mengeluarkan permit dan lesen perniagaan sahaja.  Kami turut menemu bual Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA)  dan Pejabat Perkhidmatan Pendaftaran (PERBINDA). Untuk mendapatkan lesen dan juga permit perniagaan para peniaga perlulah mengikuti segala aturan dan juga prosedur yang telah diberikan oleh BDA. Diantaranya ialah:


  • Profil syarikat dan dokumen peribadi yang lengkap
  • Borang Pemeriksaan kesihatan
  • Pelan premis
  • Persetujuan dengan pemilik premis (jika menyewa premis)
  • Sijil penempatan ( Occupation Permit)
  • Perlu mengikuti kursus pengendalian makanan di Sedamai college
  • Permohonan diluluskan oleh Jawatankuasa Perlesenan dan Sewa (JPS)
  • BDA akan mengenakan bayaran untuk setiap peralatan.


Syarikat akan dikenakan bayaran pada setiap tahun tetapi jumlah bayaran adalah berbeza mengikut jenis perniagaan. Contohnya kami memilih untuk membuka syarikat yang mengeluarkan produk sejuk beku jadi kadar bayaran Syarikat Cold Storage adalah sebanyak RM360.00 setahun. Selain itu BDA akan menjalankan pemeriksaan secara mengejut ke atas premis perniagaan dalam proses untuk memberikan lesen perniagaan kepada syarikat berkenaan. Pemeriksaan secara terperinci turut dijalankan bersama pegawai dari bahagian pejabat kesihatan.





edited by aqilah









No comments:

Post a Comment