- Para peniaga yang baru membuka perniagaan kebiasaannya akan mengeluarkan sedikit modal sendiri untuk membuka sebuah perniaagaan kemudiannya mereka akan memohon untuk pinjaman sebagai tambahan modal untuk membesarkan perniagaan mereka.
- Antara pihak yang kebiasaannya memberikan bantuan pinjaman kepada syarikat baru adalah Bank-bank seperti Agro bank, Bank Rakyat dan sebagainya. TEKUN juga turut memberikan bantuan pinjaman kepada syarikat perniagaan terutamanaya peniaga-peniaga kecil yang memerlukan bantuan pinjaman sebagai modal untuk memulakan perniagaan.
- Kami turut menemubual syarikat TEKUN untuk mendapatkan informasi lebih lanjut mengenai bahagian kewangan. Mereka yang ingin memohon pinjaman terutamanya syarikat baru perlulah sudah memulakan perniagaan selama 6 bulan. Jumlah pinjaman adalah mengikut permintaan dan juga keperluan mereka.
- Bagi yang memohon pinjaman akan diberikan ansuran pinjaman pada setiap bulan. Ansuran pinjaman ini adalah bergantung kepada umur dan juga pada tahap mana kesanggupan dan juga kemampuan mereka untuk membayar pada setiap bulan. Peminjam haruslah berumur dalam lingkungan18 ke 65 tahun.Dibawah adalah jenis Skim pinjaman TEKUN.
- Skim pinjaman Mikro (SPM) 1K- 5K untuk mereka yang tidak mempunyai lesen.
- Skim Pinjaman Mikro (SPM) 5K - 10K untuk mereka yang mempunyai lesen.
- Skim Pinjaman Kecil (SPK) 10K - 50K
- Skim Pinjaman Sederhana (SPS) 50K - 100K
- Untuk pinjaman 20K ke atas mesti ada akaun syarikat.
edited by aqilah
No comments:
Post a Comment