Tuesday, 10 February 2015

Menemubual Tekun Nasional

Tarikh
- 9 Februari 2015

Hari 
- Isnin

Masa
- 11 pagi

Tempat
- Tekun Nasional
   Lot 38-43, Tinkat 1, Parkcity Commercial Square Phase III
   Jalan Tun Ahmad Zaidi, 97000 Bintulu, Sarawak



Tekun Nasional merupakan sebuah syarikat yang telah memberi pinjaman kepada peniaga-peniaga baru yang inginkan tambahan modal untuk perniagaannya dan peniaga yang kekurangan wang untuk perniagaannya. Tekun Nasional ditubuhkan pada tahun 1998. Di Sarawak Tekun Nasional ditubuhkan pada tahun 2000.



Nama     : Abg Iskandar bin Abg Abdillah
Umur     : 39 tahun
Jawatan  : Pegawai Tekun


Kesimpulan daripada keseluruhannya, pemohonan pinjaman boleh dilakukan selepas 6 bulan perniagaan dijalankan. Pinjaman diberikan mengikut permintaan dan keperluan peniaga. Namun, Tekun mempunyai had untuk memberi pinjaman iaitu dengan kadar maksimum 100k sahaja. Seterusnya, peniaga yang memohon membuat pinjaman akan diawasi oleh Tekun untuk mengelakkan kes penipuan. Permohonan akan dihantar ke HQ Kuala Lumpur untuk diluluskan.
Permohonan yang telah diluluskan perlu membuat bayaran hanya menggunakan tunai sahaja iaitu datang secara terus ke pejabat Tekun. Pembayaran melalui akaun bank juga boleh dilakukan, tetapi bukti iaitu resit perlu ditunjuk sendiri di pejabat Tekun.

Berikut merupakan contoh borang yang perlu diisi oleh pemohon yang inginkan membuat pinjaman. Ia juga merangkumi kepada syarat-syarat dalam membuat pinjaman :



 Borang di atas perlu diisi dan dilengkapkan oleh pemohon. Senarai yang terdapat dalam borang tersebut ialah :

  • Latar belakang pemohon dan perniagaan
  • Butir-butir perniagaan
  • Cadangan keperluan dan tujuan pinjaman
  • Anggaran pendapatan dan perbelanjaan perniagaan untuk sebulan
  • Penggunaan pinjaman
  • Maklumat tambahan

Senarai borang pemohonan yang perlu dilengkapkan oleh pemohon




 edited by najikha


No comments:

Post a Comment