Friday, 6 February 2015

Menemubual Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan Pejabat Perkhidmatan Perbandaran (PERBINDA)




Kami telah membual Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan Pejabat Perkhidmatan Perbandaran (PERBINDA) pada hari yang sama. Didapati kedua-dua syarikat ini berkaitan dalam membangunkan sesuatu tempat yang baharu.


Menemubual Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA)
Nama : Mr. Clement Anak Achoi
Jawatan: Pengurus Pengiklanan dan Program
Tarikh: 16/1/2015

Menemubual Pejabat Perkhidmatan Perbandaran (PERBINDA)
Nama: Pn. Jihan bt  Bujang
Jawatan : Ketua unit perlesenan PERBINDA
Tarikh: 16/1/2015


Rumusan daripada temubual En clement dan Pn. Jihan, mereka telah menerangkan bahawa BDA hanya mengeluarkan permit perniagaan atau lesen sahaja. Sesebuah syarikat baru yang hendak dibuka perlu mendaftarkan nama syarikat mereka di Pejabat Daerah untuk mendapatkan Sijil Pendaftaran Syarikat. Namun, dalam proses pendaftaran syarikat, perlu adanya perkara berikut. Antaranya :


  • ·         Profil syarikat dan dokumen peribadi yang lengkap
  • ·         Borang Pemeriksaan kesihatan
  • ·         Persetujuan dengan pemilik premis (jika menyewa premis)
  • ·         Pelan premis
  • ·         Sijil penempatan (Occupation Permit)
  • ·         Perlu mengikuti kursus pengendalian makanan di Sedamai College
  • ·         Permohonan diluluskan oleh Jawatankuasa Perlesenan dan Sewa (JPS)
  • ·         BDA akan mengenakan bayaran untuk setiap peralatan

Bagi harga bayaran yang dikenakan untuk setahun pula adalah berbeza mengikut jenis perniagaan. Harga untuk perniagaan ‘Cold storages’ ialah sebanyak RM 360.00 setahun. Jika sesebuah syarikat tidak membaharui lesen perniagaan mereka akan diberi amaran dan perlu membayar dalam masa 14 hari bekerja. Jika mereka masih lagi tidak memperbaharui lesen perniagaan selepas amaran kali ketiga juga, kompaun minimum RM 10,000.00 akan dikenakan. Pemeriksaan terhadap premis perniagaan dilakukan secara  mengejut tanpa sebarang notis. 


Berikut adalah cara sesebuah syarikat perlu membuat permohonan dan lesen permohonan : 






edited by Najikha


No comments:

Post a Comment