- Pentadbiran Organisasi Yang Kukuh
Mempunyai kekuatan dalam pentadbiran perniagaan kerana setiap pekerja diberi tugas untuk menjalankan tanggungjawab dan peranan masing- masing dalam melicinkan aktiviti perniagaan. Peranan telah dimaklumkan dan difahami oleh setiap pekerja semasa memulakan pekerjaan menjadi kekuatan utama dalam mengurus perniagaan.
- Menawarkan Harga Yang Kompetitif
Harga yang ditawarkan bagi produk kami adalah kompetitif. Harga yang diletakkan berdasarkan kepada kandungan bahan yang digunakan dan melihat keadaan pasaran semasa. Harga yang ditawarkan juga adalah lebih murah berbanding pesaing lain di kawasan sekitar dimana kami meletakkan harga RM 0.50 untuk secucuk sate berbeza dengan pesaing lain dimana mereka meletakkan harga sebanyak RM 0.60 atau RM 0.70 untuk secucuk sate.
- Lokasi Yang Strategik
Lokasi perniagaan adalah strategik iaitu terletak di tengah-tengah bandar dan mudah untuk pelanggan mengetahui tentang kewujudan perniagaan sate frozen kami. Jadi, pelanggan akan sentiasa ada untuk membeli produk yang ditawarkan bukan sahaja untuk di makan santai- santai tetapi boleh juga untuk membuat tempahan bagi acara-acara besar atau makan-makan besar bersama keluarga tersayang.
2, Kelemahan (Weaknesses)
- Tidak Mempunyai Pelanggan Tetap
Pada permulaan perniagaan dijalankan sudah menjadi lumrah bahawa pelanggan masih lagi tidak mengetahui tentang kelebihan produk yang ditawarkan. Oleh itu, pemilik dan pekerja perlu berusaha dengan lebih giat untuk mendapatkan pelanggan dan seterusnya menjadi pelanggan tetap perniagaan.
- Kurang Dikenali
Perniagaan "Sate Frozen" merupakan perniagaan yang kurang ternama jika dibandingkan dengan perniagaan pesaing lain yang sudah lama berada dipasaran. Ini kerana ia merupakan perniagaan baru dan perlu giat menjalankan promosi untuk menarik pelanggan supaya dapat menembusi pasaran dan pesaing yang ada.
3. Peluang (Opportunities)
- Peluang Perniagaan Untuk Dikomersialkan
Perniagaan ini juga dijangka akan dapat dikomersialkan seperti perniagaan lain di pasaran. Ia berhubungan dengan sate yang merupakan makanan yang menjadi permintaan ramai di Malaysia tidak kira golongan dan peringkat umur. Imej perniagaan akan diperkenalkan kepada umum untuk menarik minat pelanggan.
- Perkembangan Secara Online
Perniagaan 'online' yang semakin mendapat perhatian adalah satu peluang kepada perniagaan untuk terus berkembang. Pelanggan boleh melayari laman sesawang yang disediakan untuk mereka membuat tempahan dengan cepat atau melihat produk terkini yang ditawarkan.
4. Ancaman (Threats)
- Pesaing Baru
Perniagaan ini juga akan bersaing dengan pasaran baru jika pasaran ini wujud dan berjaya. Pesaing baru yang memasuki pasaran merupakan ancaman kepada perniagaan, Di sini pelbagai strategi perlu diwujudkan bagi memastikan "Sate Frozen FlyHigh Enterprise" tetap menjadi pilihan utama pelanggan.
- Kuasa Dan Kekuatan Pesaing Yang Ada
Pesaingan dengan perniagaan yang mengeluarkan produk yang sama merupakan ancaman yang dihadapi. Pesaing yang telah lama berada di pasaran mempunyai pelbagai strategi untuk memantapkan perniagaan mereka. Nama perniagaan yang telah dikenali umum menyebabkan persaingan sengit kepada 'Sate Frozen FlyHigh Enterprise' untuk memasuki pasaran yang ada.
edited by aqilah
When u said the price is competitive, how much is ur product price as compared to ur competitors. Be specific.
ReplyDeleteSangat membantu
ReplyDelete