Analisis SWOT adalah suatu kaedah penyusunan strategi yang dilakukan oleh seseorang dalam sesuatu organisasi. Menurut Rangkuti dan Freddy(2000), analisis SWOT adalah satu proses mengenalpasti faktor luaran dan faktor dalaman yang mempengaruhi sesuatu tindakan atau perlaksanaan suatu strategi yang akan dilakukan oleh sesebuah organisasi dalam mencapai matlamat, visi, dan misi organisasi.
Analisis SWOT juga berfungsi untuk mengetahui kelemahan-kelemahan dalam perniagaan kita. Kita juga boleh mengurus dan menghindari ancaman yang kita sendiri tidak jangka. Selain itu, kita boleh melihat dan membezakan perniagaan kita dan pesaing dengan menggunakan rangka kerja SWOT. Kita boleh mula membina strategi untuk membantu dalam persaingan antara pesaing-pesaing yang lain. Dengan itu kita boleh bersaing dengan berjaya dalam pasaran.
KOMPONEN SWOT
- Kekuatan (Strength)
Kekuatan merujuk kepada kelebihan, keistimewaan dan kebolehan yang dimiliki oleh sesebuah organisasi itu sendiri yang tidak ada pada organisasi lain. Kekuatan ini akan memberi kemampuan bersaing kepada organisasi tersebut.
contoh soalan:
- Apakah kelebihan yang dimiliki oleh syarikat kita berbanding syarikat lain?
- Apakah yang kita boleh lakukan dan orang lain tidak boleh lakukan?
- Apakah perkara yang membolehkan pelanggan setia dengan produk kita?
- Bidang apa yang kita mahir atau pakar?
2. Kelemahan (weaknesses)
Kelemahan merupakan keadaan perniagaan atau syarikat dalam menghadapi pesaing yang mempunyai keterbatasan dan kekurangan serta kemampuan dalam menguasai pasaran, sumber serta kepakaran. Kelemahan yang dimaksudkan dalam sesebuah perniagaan ialah keterbatasan atau kekurangan dari aspek sumber termasuklah sumber tenaga, kepakaran, dan bahan mentah. Kemahiran dan kemapuan yang menjadi penghalang utama bagi penampilan prestasi organisasi yang memuaskan.
3. Peluang (Opportunities)
Peluang- peluang yang wujud memberi potensi kepada perniagaan untuk berkembang. Perkembangan perniagaan atau organisasi boleh dilakukan melalui penemuan baru atau inovatif yang dikenalpasti dalam pasaran. Perubahan pasaran menawarkan pelbagai peluang untuk dimanfaatkan dalam perniagaan lebih kompetitif berbanding pesaing utama serta boleh bergerak dalam pasaran baru.
4. Ancaman (Threats)
Ancaman ialah sebarang kemungkinan yang melibatkan faktor- faktor luaran yang boleh mengganggu pergerakan dan kemajuan organisasi. Sesuatu perubahan persekitaran luaran juga boleh memberi ancaman kepada organisasi, syarikat dan perniagaan. Ancaman merupakan suatu keadaan yang mengancam dari luaran organisasi. Analisis ancaman lebih ke arah menilai apakah halangan yang bakal ditempuhi kelak. Dalam SWOT, ancaman merujuk kepada pengurusan risiko. Secara tidak langsung kita dapat menentukan jalan terbaik bagi mengatasi sesuatu masalah atau halangan yang timbul. Dengan adanya analisis ini, sesuatu perancangan dapat berjalan dengan lancar dan sesebuah organisasi perlu mengenal pasti serta menyenaraikan ancaman serta faktor penghalang kejayaan.
edited by aqilah
No comments:
Post a Comment