Monday 12 January 2015

Menemubual Model Syarikat

Syarikat Hongli Coldstorage Sdn. Bhd



Tarikh
- 9 Januari 2015

Hari
- Jumaat

Masa
- 8.30 malam hingga 10.30 malam

Tempat
- Restoran Dapur Usu Medan Central Bintulu





Nama     : Encik Liew Shuang Fu
Umur     : 28 tahun
Asal       : Miri, Sarawak
Jawatan  : Pengurus


Syarikat Hong Li Cold Storage Sdn. Bhd mula ditubuhkan pada tahun 2005. Pada mulanya, perniagaan ini dilakukan secara kecil-kecilan dan akhirnya berkembang menjadi sebuah syarikat yang besar dan dikenali orang ramai. Syarikat ini menawarkan perkhidmatan dan juga pembuatan. Antara produk yang dibekalkan ialah
makanan laut, ayam, daging kambing
dan juga lembu secara sejuk beku dan segar. Produk yang dibekalkan adalah bertaraf tinggi kerana kualitinya yang sangat tinggi. Ia juga mengimport produk-produk tersebut dari luar negara. Antaranya, mengimport ikan secara terus dari Northway, daging dari New Zealand dan Australia dan makanan laut dari China.


PEMASARAN

    Produk ini mendapat permintaan yang tinggi terutamanya dari hotel keranan produk Hong Li Coldstorage yang berkualiti tinggi dan dipercayai. Permintaan ini dilakukan secara berterusan oleh hotel kerana mereka merupakan pelanggan tetap. Syarikat Hong Li Coldstorage Sdn. Bhd membekalkan produk mereka dalam kuantiti yang banyak kerana kebiasaannya ia mendapat permintaan yang tinggi daripada hotel dan juga restoran-restoran yang besar. Produk yang dibekalkan sangat dipercayai kerana dagingnya yang berkualiti tinggi mendapat permintaan yang begitu memberangsangkan. Syarikat ini begitu sibuk pada setiap hari terutamanya pada tengahari dan pada musim perayaan seperti Hari Krismas dan  Tahun Baru kerana pada musim tersebut ramai yang ingin mengadakan makan besar bersama keluarga tersayang.

    Selain itu, Syarikat Hong Li Coldstorage Sdn.Bhd turut menawarkan khidmat memberi pendapat dan bandingan. Contohnya, pelanggan inginkan secara 'buffet' ataupun 'BBQ'. Jadi, mereka membekalkan produk dalam bentuk yang diinginkan oleh pelanggan. Pemasaran produk Hong Li Coldstorage dikenali secara terus iaitu dari mulut ke mulut. Hasil perbincangan secara bersahaja, akhirnya syarikat mula dikenali. Pembungkusan dan penglabelan produk adalah bergantung berdasarkan dari luar nagara.


KEWANGAN

    Pada mulanya, perniagaan ini dilakukan secara kecil-kecilan dan tidak mengeluarkan sebarang modal. Apabila perniagaan ini mula berkembang dan syarikat Hong Li Coldstorage Sdn.Bhd mula ditubuhkan. Mereka membuat sedikit pinjaman untuk mengeluarkan modal bagi membeli peralatan-peralatan untuk membuat produk seperti peti dan mesin-mesin. Pada awalnya, mereka membeli mesin 'secondhand' yang berharga RM 30,000.00 dan mesin baru secara keseluruhannya adalah Rm 70,000.00 dan ke atas.


OPERASI

    Antara pihak yang terlibat dalam membangunkan Syarikat Hong Li Coldstorage Sdn. Bhd ialah Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) yang berfungsi sebagai yang utama dalam mengeluarkan lesen pembangunan syarikat. Seterusnya, Jabatan Kesihatan yang bertindak memberi kelulusan dari JAIS bahawa syarikat yang menawarkan produk adalah Halal tanpa ragu-ragu. Syarikat ini beroperasi dengan menetapkan suhu sejuk beku pada tahap -18 celcius untuk produk sejuk beku  berbanding dengan negara Singapura pada suhu -24 celcius yang merupakan suhu terbaik untuk sejuk beku. Syarikat tidak dapat membuat produk sejuk beku seperti di Australia kerana tahap mesin dan kos penggunaan yang tinggi.


SUMBER MANUSIA

    Syarikat Hong Li Coldstorage Sdn. Bhd mempunyai 9 orang pekerja tetap antaranya seorang Eksekutif (sell executive), seorang bagi bahagian akaun, seorang di bahagian pentadbiran dan pekerja sambilan seramai 2 orang. Pekerja yang diambil adalah melalui 'Job Malaysia' iaitu dari akhbar-akhbar. Ciri-ciri pekerja yang diambil tidak perlu mempunyai kelulusan tetapi perlulah mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang tinggi kerana kerjanya yang berat. Mereka perlulah melalui proses temubual. Walaupun syarikat ini merupakan syarikat China, tetapi syarikat tidak memilih pekerja berdasarkan kaum. Pemberian gaji diberi secara tunai. Pekerja boleh membuat pinjaman dengan syarikat iaitu antara RM 200.00 hingga RM 300.00 dan RM 500 dan ke atas perlu melalui proses temubual juga. Pinjaman ini akan ditolak melalui gaji mengikut persetujuan antara dua pihak. Segala perjanjian antara pekerja perlu mempunyai bukti hitam putih. Gaji sebulan untuk pekerja adalah sebanyak Rm 800.00 beserta makan tengahari.

    Selain itu, masalah yang biasa dihadapi oleh syarikat adalah daripada pelanggan seperti penghantaran sampai lambat. Perkara ini dianggap perkara yang tidak dijangka kerana masalah yang dihadapi di jalan raya seperti kesesakan lalu lintas, kemalangan dan sebagainya.




Edit by Aqilah&Najikha

1 comment:

  1. JOIN NOW !!!
    Dan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.club
    Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
    BURUAN DAFTAR!
    dewa-lotto.name
    dewa-lotto.com

    ReplyDelete