Sunday 1 March 2015

Rumusan bagi bahagian Pemasaran

Apa yang kami dapat rumuskan bagi bahagian Pemasaran ini adalah:

- Rancangan perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu perniagaan.
- Mengetahui tujuan utama perniagaan dibuka atau dilakukan.
- Proses pemasaran perlu ada semasa perniagaan dijalankan agar perniagaan tersebut dapat berjalan 
  dengan sempurna. Antaranya :-
  •  Mengenalpasti keperluan pasaran iaitu kenal pasti kehendak dan keperluan pelanggan, kenal pasti faktor alam sekitar lain yang melibatkan pemasaran dan memajukan seterusnya mengekalkan maklumat pemasaran.
  • Membangunkan hubungan dengan pelanggan.
  • Mempunyai dan membangunkan campuran pemasaran iaitu 4Ps    
     
- Dalam sesebuah perniagaan 4Ps merupakan perkara yang amat penting. Perkara yang perlu ada
  adalah   :-
  1. Produk
    - Mempunyai tujuan utama sesuatu produk itu dikeluarkan.
    - Memberi nilai, kebaikan seterusnya kepuasan kepada pelanggan
    - Semasa penjualan, produk harus dapat dikenali dan jelas kepada pelanggan
    - Cara pembungkusan yang baik dari segi bentuk, keunikan, cara dan warna
    - Penglabelan pada produk perlu jelas kerana ia merupakan maklumat penting yang sering
      pelanggan akan lihat 
    - Jenama perlu ada bagi memperkenalkan dan pelanggan mengingati pada produk yang
      dikeluarkan
     
  2. Tempat
    - Pembukaan tempat perniagaan perlu strategik yang dapat menarik perhatian pelanggan
    - Dalam pengedaran produk, para peniaga perlu melakukan pengedaran dengan baik kerana ia 
      mempengaruhi harga pada produk seterusnya mmempengaruhi kepada pelanggan      
     
  3. Harga
    - Harga yang diletakkan hendaklah berpatutan dengan produk
    - Harga perlu berpatutan dengan nilai dan kos produk yang dapat diberi kepada pelanggan
  4. Promosi
    - Merupakan campuran tertentu yang digunakan untuk meyakinkan berkomunikasi nilai
      pelanggan dan membina hubungan pelanggan
    - Dapat menarik lebih ramai pelanggan untuk pembelian produk
    - Antara promosi yang dapat dilakukan adalah seperti melakukan pengiklanan, melakukan
      penjualan secara peribadi, pemberian percuma dalam penetapan kuantiti pembelian produk,
      pemberian kupon, dan seumpamanya.
    - Strategi perlu ada dalam setiap promosi yang dilakukan





    edited by Najikha

Rumusan bagi bahagian Sumber Manusia

Apa yang kami dapat rumuskan bagi bahagian Sumber Manusia ini adalah:

- Pekerja merupakan salah satu faktor yang dapat mempengaruhi kejayaan sesebuah perniagaan itu.
- Pengetahuan dalam pengambilan pekerja dalam sesebuah perniagaan adalah amat penting.
- Menurut Wisma Residen yang telah kami temubual, antara perkara yang perlu diambil perhatian
  adalah seperti gaji, kecemasan, penyelesaian masalah pekerja dan seumpamanya.
- Untuk memastikan pekerja tetap setia bekerja, sebagai ketua dalam sesebuah perniagaan haruslah
  sentiasa mengambil berat dan perhatian ke atas pekerja.
- Sebagai ketua dalam sesebuah perniagaan juga perlu menunjukkan sikap yang baik kepada pekerja.




edited by Najikha

Saturday 28 February 2015

Rumusan bagi bahagian Kewangan

Apa yang kami dapat rumuskan bagi bahagian kewangan adalah:

- Para peniaga yang baru membuka perniagaan kebiasaannya akan mengeluarkan sedikit modal sendiri untuk membuka sebuah perniaagaan kemudiannya mereka akan memohon untuk pinjaman sebagai tambahan modal untuk membesarkan perniagaan mereka.

- Antara pihak yang kebiasaannya memberikan bantuan pinjaman kepada syarikat baru adalah Bank-bank seperti Agro bank, Bank Rakyat dan sebagainya. TEKUN juga turut memberikan bantuan pinjaman kepada syarikat perniagaan terutamanaya peniaga-peniaga kecil yang memerlukan bantuan pinjaman sebagai modal untuk memulakan perniagaan.

- Kami turut menemubual syarikat TEKUN untuk mendapatkan informasi lebih lanjut mengenai bahagian kewangan. Mereka yang ingin memohon pinjaman terutamanya syarikat baru perlulah sudah memulakan perniagaan selama 6 bulan. Jumlah pinjaman adalah mengikut permintaan dan juga keperluan mereka.

- Bagi yang memohon pinjaman akan diberikan ansuran pinjaman pada setiap bulan. Ansuran pinjaman ini adalah bergantung kepada umur dan juga pada tahap mana kesanggupan dan juga kemampuan mereka untuk membayar pada setiap bulan. Peminjam haruslah berumur dalam lingkungan18 ke 65 tahun.Dibawah adalah jenis Skim pinjaman TEKUN.


  • Skim pinjaman Mikro (SPM) 1K- 5K untuk mereka yang tidak mempunyai lesen.
  • Skim Pinjaman Mikro (SPM) 5K - 10K untuk mereka  yang mempunyai lesen.
  • Skim Pinjaman Kecil (SPK) 10K - 50K
  • Skim  Pinjaman Sederhana (SPS) 50K - 100K
- Untuk pinjaman 20K ke atas  mesti ada akaun syarikat.






edited by aqilah

Rumusan bagi bahagian Operasi

Apa yang kami dapat rumuskan bagi bahagian operasi ini adalah:

- Perancangan sebelum memulakan sesebuah perniagaan amatlah penting bagi menghasilkan sebuah perjalanan yang sempurna dan lebih teratur.

- Jika kita ingin membuka syarikat baru, kita perlu mendaftarkan nama syarikat di Pejabat Daerah untuk mendapatkan sijil pendaftaran syarikat. Itu adalah penting untuk memastikan syarikat kita adalah syarikat yang berdaftar seterusnya memudahkan urusan syarikat.

- BDA hanya mengeluarkan permit dan lesen perniagaan sahaja.  Kami turut menemu bual Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA)  dan Pejabat Perkhidmatan Pendaftaran (PERBINDA). Untuk mendapatkan lesen dan juga permit perniagaan para peniaga perlulah mengikuti segala aturan dan juga prosedur yang telah diberikan oleh BDA. Diantaranya ialah:


  • Profil syarikat dan dokumen peribadi yang lengkap
  • Borang Pemeriksaan kesihatan
  • Pelan premis
  • Persetujuan dengan pemilik premis (jika menyewa premis)
  • Sijil penempatan ( Occupation Permit)
  • Perlu mengikuti kursus pengendalian makanan di Sedamai college
  • Permohonan diluluskan oleh Jawatankuasa Perlesenan dan Sewa (JPS)
  • BDA akan mengenakan bayaran untuk setiap peralatan.


Syarikat akan dikenakan bayaran pada setiap tahun tetapi jumlah bayaran adalah berbeza mengikut jenis perniagaan. Contohnya kami memilih untuk membuka syarikat yang mengeluarkan produk sejuk beku jadi kadar bayaran Syarikat Cold Storage adalah sebanyak RM360.00 setahun. Selain itu BDA akan menjalankan pemeriksaan secara mengejut ke atas premis perniagaan dalam proses untuk memberikan lesen perniagaan kepada syarikat berkenaan. Pemeriksaan secara terperinci turut dijalankan bersama pegawai dari bahagian pejabat kesihatan.





edited by aqilah









Menemubual Wisma Residen



Nama     : Puan Junaidah bt Jemain
Jawatan : Pegawai Tadbir
Tempat  : Wisma Residen, Tingkat 1, Jalan Pisang Keling, Off Tun Razak, Sarawak, 97000 Bintulu


Rumusan secara keseluruhannya, Wisma Residen terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya bahagian sumber manusia yang menerangkan tentang :

  1. Pengambilan pekerja
    • Terbahagi kepada 2 kerusi iaitu admin dan teknikal.
    •  Admin merupakan pengambilan pekerja yang diambil atau dipilih oleh Jabatan Kementerian
    • Teknikal merupakan pengambilan pekerja yang dinilai sendiri oleh ketua sesuatu syarikat atau perniagaan. 
    • Teknikal akan diadakan ujian. Contohnya, kesihatan.
  2. Pengatur / penyelesaian masalah
    • Masalah yang sering berlaku adalah:
      a) Kehadiran                 - akan diberi amaran sebanyak 3 kali
                                              - selepas amaran terakhir akan diambil tindakan
      b) Pekerja tidak tetap - pemberian amaran sebanyak 3 kali
                                              - pekerja akan disiasat dahulu
  3. Sebarang kecemasan
    • Pekerja yang mempunyai masalah kewangan akan dibantu dari segi pungutan derma, insuran dan seumpamanya.
    • Bantuan diberikan mengikut jenis kecemasan seperti kecederaan, kematian, banjir dan sebagainya.
  4. Pemberian kursus mengikut kerja yang dilakukan
    • Pemberian kursus diberikan selepas pekerja mendapat tugas.
    • Tujuannya adalah memberi kemahiran kepada pekerja yang masih kurang pengetahuan tentang tugas yang diberi.
    • Pemberian tugas dan kursus adalah mengikut tahap pendidikan atau sijil.
    • Pemberian kursus induksi atau orentasi dilakukan terlebih dahulu sebelum memulakan kerja.
  5. Ketetapan gaji
    • Minimum gaji RM 800
    • Sebarang ketidakpuasan hati hendaklah terus kepada bahagian sumber manusia.
  6. Polisi Syarikat
    • Sentiasa berubah mengikut ketua syarikat.
    • Perubahan bertujuan untuk memperbaiki lagi polisi sebelumnya.



     Oleh itu, bagi yang baru memulakan sesuatu perniagaan dan memerlukan pekerja, namun tidak mempunyai pengetahuan perlu merujuk kepada bahagian tersebut atau yang sesuai bagi mengelakkan pengambilan pekerja yang salah seterusnya dapat mengetahui cara yang betul bagi pengambilan pekerja. Ini kerana ia merupakan salah satu faktor perniagaan berjalan dengan sempurna.



    edited by Najikha

Tuesday 10 February 2015

Menemubual Tekun Nasional

Tarikh
- 9 Februari 2015

Hari 
- Isnin

Masa
- 11 pagi

Tempat
- Tekun Nasional
   Lot 38-43, Tinkat 1, Parkcity Commercial Square Phase III
   Jalan Tun Ahmad Zaidi, 97000 Bintulu, Sarawak



Tekun Nasional merupakan sebuah syarikat yang telah memberi pinjaman kepada peniaga-peniaga baru yang inginkan tambahan modal untuk perniagaannya dan peniaga yang kekurangan wang untuk perniagaannya. Tekun Nasional ditubuhkan pada tahun 1998. Di Sarawak Tekun Nasional ditubuhkan pada tahun 2000.



Nama     : Abg Iskandar bin Abg Abdillah
Umur     : 39 tahun
Jawatan  : Pegawai Tekun


Kesimpulan daripada keseluruhannya, pemohonan pinjaman boleh dilakukan selepas 6 bulan perniagaan dijalankan. Pinjaman diberikan mengikut permintaan dan keperluan peniaga. Namun, Tekun mempunyai had untuk memberi pinjaman iaitu dengan kadar maksimum 100k sahaja. Seterusnya, peniaga yang memohon membuat pinjaman akan diawasi oleh Tekun untuk mengelakkan kes penipuan. Permohonan akan dihantar ke HQ Kuala Lumpur untuk diluluskan.
Permohonan yang telah diluluskan perlu membuat bayaran hanya menggunakan tunai sahaja iaitu datang secara terus ke pejabat Tekun. Pembayaran melalui akaun bank juga boleh dilakukan, tetapi bukti iaitu resit perlu ditunjuk sendiri di pejabat Tekun.

Berikut merupakan contoh borang yang perlu diisi oleh pemohon yang inginkan membuat pinjaman. Ia juga merangkumi kepada syarat-syarat dalam membuat pinjaman :



 Borang di atas perlu diisi dan dilengkapkan oleh pemohon. Senarai yang terdapat dalam borang tersebut ialah :

  • Latar belakang pemohon dan perniagaan
  • Butir-butir perniagaan
  • Cadangan keperluan dan tujuan pinjaman
  • Anggaran pendapatan dan perbelanjaan perniagaan untuk sebulan
  • Penggunaan pinjaman
  • Maklumat tambahan

Senarai borang pemohonan yang perlu dilengkapkan oleh pemohon




 edited by najikha


Friday 6 February 2015

Menemubual Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan Pejabat Perkhidmatan Perbandaran (PERBINDA)




Kami telah membual Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan Pejabat Perkhidmatan Perbandaran (PERBINDA) pada hari yang sama. Didapati kedua-dua syarikat ini berkaitan dalam membangunkan sesuatu tempat yang baharu.


Menemubual Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA)
Nama : Mr. Clement Anak Achoi
Jawatan: Pengurus Pengiklanan dan Program
Tarikh: 16/1/2015

Menemubual Pejabat Perkhidmatan Perbandaran (PERBINDA)
Nama: Pn. Jihan bt  Bujang
Jawatan : Ketua unit perlesenan PERBINDA
Tarikh: 16/1/2015


Rumusan daripada temubual En clement dan Pn. Jihan, mereka telah menerangkan bahawa BDA hanya mengeluarkan permit perniagaan atau lesen sahaja. Sesebuah syarikat baru yang hendak dibuka perlu mendaftarkan nama syarikat mereka di Pejabat Daerah untuk mendapatkan Sijil Pendaftaran Syarikat. Namun, dalam proses pendaftaran syarikat, perlu adanya perkara berikut. Antaranya :


  • ·         Profil syarikat dan dokumen peribadi yang lengkap
  • ·         Borang Pemeriksaan kesihatan
  • ·         Persetujuan dengan pemilik premis (jika menyewa premis)
  • ·         Pelan premis
  • ·         Sijil penempatan (Occupation Permit)
  • ·         Perlu mengikuti kursus pengendalian makanan di Sedamai College
  • ·         Permohonan diluluskan oleh Jawatankuasa Perlesenan dan Sewa (JPS)
  • ·         BDA akan mengenakan bayaran untuk setiap peralatan

Bagi harga bayaran yang dikenakan untuk setahun pula adalah berbeza mengikut jenis perniagaan. Harga untuk perniagaan ‘Cold storages’ ialah sebanyak RM 360.00 setahun. Jika sesebuah syarikat tidak membaharui lesen perniagaan mereka akan diberi amaran dan perlu membayar dalam masa 14 hari bekerja. Jika mereka masih lagi tidak memperbaharui lesen perniagaan selepas amaran kali ketiga juga, kompaun minimum RM 10,000.00 akan dikenakan. Pemeriksaan terhadap premis perniagaan dilakukan secara  mengejut tanpa sebarang notis. 


Berikut adalah cara sesebuah syarikat perlu membuat permohonan dan lesen permohonan : 






edited by Najikha