Sunday, 1 March 2015

Rumusan bagi bahagian Pemasaran

Apa yang kami dapat rumuskan bagi bahagian Pemasaran ini adalah:

- Rancangan perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu perniagaan.
- Mengetahui tujuan utama perniagaan dibuka atau dilakukan.
- Proses pemasaran perlu ada semasa perniagaan dijalankan agar perniagaan tersebut dapat berjalan 
  dengan sempurna. Antaranya :-
  •  Mengenalpasti keperluan pasaran iaitu kenal pasti kehendak dan keperluan pelanggan, kenal pasti faktor alam sekitar lain yang melibatkan pemasaran dan memajukan seterusnya mengekalkan maklumat pemasaran.
  • Membangunkan hubungan dengan pelanggan.
  • Mempunyai dan membangunkan campuran pemasaran iaitu 4Ps    
     
- Dalam sesebuah perniagaan 4Ps merupakan perkara yang amat penting. Perkara yang perlu ada
  adalah   :-
  1. Produk
    - Mempunyai tujuan utama sesuatu produk itu dikeluarkan.
    - Memberi nilai, kebaikan seterusnya kepuasan kepada pelanggan
    - Semasa penjualan, produk harus dapat dikenali dan jelas kepada pelanggan
    - Cara pembungkusan yang baik dari segi bentuk, keunikan, cara dan warna
    - Penglabelan pada produk perlu jelas kerana ia merupakan maklumat penting yang sering
      pelanggan akan lihat 
    - Jenama perlu ada bagi memperkenalkan dan pelanggan mengingati pada produk yang
      dikeluarkan
     
  2. Tempat
    - Pembukaan tempat perniagaan perlu strategik yang dapat menarik perhatian pelanggan
    - Dalam pengedaran produk, para peniaga perlu melakukan pengedaran dengan baik kerana ia 
      mempengaruhi harga pada produk seterusnya mmempengaruhi kepada pelanggan      
     
  3. Harga
    - Harga yang diletakkan hendaklah berpatutan dengan produk
    - Harga perlu berpatutan dengan nilai dan kos produk yang dapat diberi kepada pelanggan
  4. Promosi
    - Merupakan campuran tertentu yang digunakan untuk meyakinkan berkomunikasi nilai
      pelanggan dan membina hubungan pelanggan
    - Dapat menarik lebih ramai pelanggan untuk pembelian produk
    - Antara promosi yang dapat dilakukan adalah seperti melakukan pengiklanan, melakukan
      penjualan secara peribadi, pemberian percuma dalam penetapan kuantiti pembelian produk,
      pemberian kupon, dan seumpamanya.
    - Strategi perlu ada dalam setiap promosi yang dilakukan





    edited by Najikha

No comments:

Post a Comment