Sunday, 28 December 2014

Menemubual Pengusaha Sate

Tarikh
- 25 Disember 2014

Hari
- Khamis

Tempat
- 22, Jalan Tun Ahmad Zaidi, Parkcity Commerce Square, 97000 Bintulu, Sarawak

Masa
- 2.30 petang hingga 5.00 petang







Nama : Puan Zabidah binti Yusof
Umur : 40 Tahun
Asal   : Kuala Kangsar, Perak
Status : Berkahwin

      Mulanya, perniagaan sate ini diusahakan oleh ibu mertua Puan Zabidah yang seterusnya diteruskan oleh Puan Zabidah atau dikenali sebagai Umi kerana minat yang mendalam dalam bidang masakan dan perniagaan. Modal yang digunakan pada awalnya, membuat pinjaman pada Bank Rakyat dan pembukaan Restoran AB Penyek pula hanya menggunakan modal sendiri iaitu keuntungan daripada perniagaan sebelumnya. Pembukaan Restoran AB Penyek ini melibatkan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Pejabat Daerah, JAIS, Jabatan Kesihatan dan Pejabat Bomba.

     Seterusnya, bahan-bahan yang digunakan untuk membuat sate seperti daging lembu dan ayam diperoleh daripada Syarikat Hongli Coldstorage Sdn. Bhd. Pada permintaan terhadap sate pula, didapati tinggi pada musim perayaan. Selain itu juga, untuk kos keseluruhan pembukaan Restoran AB Penyek dan semua bahan serta lesen-lesen yang terlibat dianggarkan kira-kira 70 ribu ringgit.



 


edit by Najikha

1 comment:

  1. JOIN NOW !!!
    Dan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.club
    Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
    BURUAN DAFTAR!
    dewa-lotto.name
    dewa-lotto.com

    ReplyDelete